Our Story

Restoran Sisik merupakan sebuah restoran yang menyediakan hidangan dari Negeri Melaka dan yang paling istimewa sekali disini adalah Ikan Bakar Umbai Dan Asam Pedas Melaka. Restoran Sisik telah mula beroperasi dari 2014 yang dahulunya dikenali sebagai Resepi Warisan Tok. Setelah 4 tahun beroperasi Resepi Warisan Tok telah dijenamakan semula menjadi Restoran Sisik.

Menu utama di restoran Sisik adalah Ikan bakar yang tercipta daripada hasil olahan pemilik restoran ini sendiri yang mahukan ramuan asli dari Melaka di kekalkan. Dan Rasanya sangat-sangat berbeza dgn ikan bakar yg ada. Selain daripada itu, Pelanggan boleh memilih pelbagai jenis ikan yang di sediakan. Ikan bakar ini dihidang panas yang di siram bersama Rempah Khas dan Air asam. Yang menjadi gilaan pengunjung selain kesegaran ikan itu sendiri adalah rempah ikan yang diadun menggunakan ramuan2 khas.

Selain Dari Ikan Bakar, Restoran Sisik juga mempunyai Asam pedas Melaka yg memang diakui oleh pengunjung dari negeri Melaka. Rasa Asam Pedas yang asli, pekat dan likat. Pelbagai jenis aneka pilihan ikan disediakan Untuk Asam Pedas Di Restoran Sisik dan dihidangkan panas kepada pelanggan.

Di sebelah putang pula, Restoran Sisik ada menyediakan menu special Nasi Lemak Sisik Buluh Perindu. Nasi Lemak Sisik Buluh Perindu yang di balut sepenuhnya dengan daun pisang dan daun pandan di masukkan kedalam buluh dan kemudian dikukus. Nasi ini dihidangkan panas kepada pelanggan. Bau Aroma gabungan Buluh, Daun Pisang dan Daun pandan memang menyentap kalbu. Pelanggan juga boleh memilih aneka lauk yang disediakan seperti sambal Sotong, Udang Galah Petai, Paru Berlado, Rendang Ayam.

Selain itu kami juga menyediakan 200 jenis pilihan makan dan minuman. Masakan panas dan juga ready to eat. Lokasi Restoran Sisik sangat Stratergik. Iaitu betul-betul berhadapan dengaan Blok A GM Klang. Sebelum membeli belah di GM Klang boleh penuhkan perut dahulu di restoran sisik. Perut kenyang senang hati nak shopping pun Best!

Operating Hours

Monday : 8:00 AM – 11:00 PM
Tuesday : 8:00 AM – 11:00 PM
Wednesday : 8:00 AM – 11:00 PM
Thursday : 8:00 AM – 11:00 PM
Friday : 8:00 AM – 11:00 PM
Saturday : 8:00 AM – 11:00 PM
Sunday : 8:00 AM – 11:00 PM